Thursday, August 30, 2012

TEMPAHAN KEK HARI LAHIR - KAK NORSHAM

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN DARI KHAZZ SEKELUARGA!

JUADAH KEK HARI RAYA DAN NASI LOBAK (CARROT) DI HARI RAYA!


JAMUAN PELBAGAI KEK KHAZ DI HARI RAYA


KEK ISING DI HARI RAYA


TEMPAHAN KEK HARI RAYA DARI PN NOR'ASHIKIN ZULKIFLI


TEMPAHAN 30 PACK KEK CAWAN - PN AZNI ARIFFIN


2 PERIUK NASI CARROT DI HARI RAYA

Tuesday, August 28, 2012

SUMBANGAN KEK CUP CAKE AIDILFITRI BAITUL EHSAN - Jumaat 17.08.2012

Foto Kenangan - terima kasih pada semua sumbangan dari pelanggan dan kenalan KHAZZ dan syukur alhamdulillah pada ALLAH. Semoga ALLAH membalas jasa penyumbang dan sedekah amal jariah ini. Amin!











Tuesday, August 14, 2012

SYUKUR ALHAMDULILLAH SUMBANGAN BERTERUSAN....

Salam semua,
Projek Bakeri untuk anak-anak yatim dan tahfiz Baitul Ehsan telah pun bermula. Buat permulaan KHAZZ akan bersama-sama mereka untuk membuat kek dan kek cawan "cup cake" untuk mereka membawa balik pada hari raya nanti. Jika ada berniat memberi sumbangan ikhlas anda sila hubungi KHAZZ di hp 019-278 8772 atau email husnikhk@gmail.com. Akaun Maybank 562188 222713. Sila inform segera setelah bank ini untuk beritahu atau untuk hubungi pihak Baitul Ehsan secara terus, boleh lah menghubungi penjaga anak-anak ini 013-3946630 (UMMI)/ 013-3409842 (EN. OMAR) dan terus kedalam akaun CiMB Islamic Baitul Ehsan (Akaun No = 14170000068101). Insya ALLAH.

Syukur Alhamdulillah sumbangan berterusan:  
5. Sumbangan Tepung Gandum dari Rakan FB - Projek Iqra
6. Sumbangan Bahan-Bahan Bakeri dari Rakan FB En Suhaimi - Projek Iqra
7. Sumbangan RM100.00 untuk KEK CAWAN bernilai RM1 satu - untuk setiap anak2 Baitul Ehsan dan penjaga serta petugas.
Terima Kasih atas sumbangan tersebut. Semoga ALLAH sahaja yang dapat membalas segala jasa dan budi baik semua dan semoga di berkati ALLAH dan di permudahkan segala urusan, InsyaALLAH. Amin

CONTOH KEK CAWAN "CUP CAKES" UTK BAITUL EHSAN!

Monday, August 13, 2012

KUNJUNGAN KHAZZ KALI KEDUA SABTU 11.08.2012 - DEMO KEK CAWAN & BISKUT RAYA

Salam Semua,

Syukur Alhamdulillah, buat kali kedua Khazz telah dapat meluangkan masa pada petang Sabtu 11.08.2012 dengan anak2 Baitul Ehsan membuat kek cawan (cup cakes) dan biskut raya. Kegembiraan terpancar dari wajah mereka betapa seronoknya membuat kek cawan sendiri & biskut raya sendiri dengan kreativiti masing masing. Terima Kasih kepada penyumbang RM terhadap Projek Bakeri di Baitul Ehsan ini dan semoga berterusan. Semoga ALLAH berkati dan memberikan pahala berlipat ganda untuk tabung Akhirat kita nanti. Amin. InsyaALLAH Khazz akan datang lagi.

Anak2 sedang menyusun kek cawan
Tengah memasukkan adunan kek cawan coklat moist
Masing masing tengah mencuba
Giliran muslimat pula....
Sedang mencuba beramai ramai
Ummi tengah memerhati kan...
Dah siap dalam bekas utk di bakar
Anak2 tengah mencuba buat biskut pula
Ramai yg tak sabar guna acuan biskut raya

kek cawan yang telah masak!
sementara itu buat biskut
masing masing tengah cuba tekan guna pelbagai acuan


         Lihatlah hasil kreativiti mereka

 dah banyak tu
 kek cawan dah sejuk dan boleh di hias ising
 anak - anak tengah mencuba
 anak anak lelaki mencuba buat pertama kali
 bagi la kaum muslimat pulak!!
 Masih gembira nak hias kek cawan
 Hasil kek cawan kreativiti anak2 Baitul Ehsan, pandai pun!
 bergambar dgn biskut yg dihasilkan beramai- ramai
 Dah siap masak, bakar!

Siap dah ! pelbagai jenis rupa bentuk, hasil anak2 

Friday, August 10, 2012

SUMBANGAN BERTERUSAN UTK BAITUL EHSAN!

1. Sumbangan RM100.00 dari Hamba ALLAH, sahabat & kenalan baik saya.
2. Sumbangan RM60.00 dari Hamba ALLAH, pelanggan kek cup cake saya.
3. Sumbangan RM100.00 dari Hamba ALLAH - merupakan voucher JAYA JUSCO di mana Khazz akan belikan oven atau mixer dengan voucher ini. InsyaALLAH.
4. Terdapat sumbangan peribadi dari pelanggan kek cup kek saya yang meminta saya  tidak paparkan dan saya hormati, saya ucapkan terima kasih bagi pihak Baitul Ehsan. Syukur Alhamdullillah

TEMPAHAN KEK PN CHE MAH & PN ROHAIDA

TEMPAHAN KEK CUP CAKE  PRINCESS DARI PN ROHAIDA - 10.08.2012


TEMPAHAN KEK MARBLE ZEBRA DARI PN CHE MAH - 09.08.2012


TEMPAHAN KEK CUP CAKE PRINCES DARI PN CHE MAH - 09.08.2012



Thursday, August 9, 2012

SYUKUR ALHAMDULILLAH PADA ALLAH - SENARAI SUMBANGAN (RM) KEK CUP CAKE UNTUK BAITUL EHSAN!

1. Sumbangan RM100.00 dari Hamba ALLAH, sahabat & kenalan baik saya.
2. Sumbangan RM60.00 dari Hamba ALLAH, pelanggan kek cup cake saya.

Wednesday, August 8, 2012

SUMBANGAN KEK CUP CAKE UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI

Salam semua,

Projek Bakeri untuk Baitul Ehsan akan laksanakan sedikit masa lagi. Buat permulaan KHAZZ akan bersama-sama mereka untuk membuat kek cup cake untuk mereka membawa balik pada hari raya nanti. Jika ada nak beri sumbangan ikhlas anda sila hubungi KHAZZ di hp 019-2788772 atau email husnikhk@gmail.com. Akaun Maybank 562188 222713. Sila inform segera setelah bank ini untuk beritahu.

atau Hubungi Terus http://baitulehsanalkhairi.wordpress.com/sumbangan/
Petikan Web Baitul Ehsan: "Disini, saya dengan berbesar hatinya ingin mengajak kepada sesiapa yang sudi untuk menghulurkan derma seikhlas hati kepada warga Baitul Ehsan yang bertempat di Taman Maluri dan juga Sri Gombak, Selangor bagi meringankan bebanan mereka dalam menyempurnakan keperluan 64 orang anak-anak yatim, serta anak-anak fakir dan miskin."
Kepada yang ingin menyumbang ,boleh lah menghubungi penjaga anak-anak ini
013-3946630 (UMMI)/ 013-3409842 (EN. OMAR)
terus kedalam akaun CiMB Islamic Baitul Ehsan (Akaun No = 14170000068101)
SUMBANGAN ANDA AMAT DIALU – ALUKAN. TERIMA KASIH

Bagi Projek Bakeri Baitul Ehsan, jika ada yang ingin menyumbang peralatan seperti oven, mixer, keperluan bahan mentah seperti tepung kek, tepung gandum, buttercup, planta, marjerin, telur, susu dan sebagainya, amatlah di alu alukan.

Bersama-samalah kita mengembirakan mereka dengan cadangan Bakeri  ini agar mereka boleh balik ke keluarga atau sanak saudara dengan hasil kek cup kek masing2 dan menyambut raya dengan gembira. InsyaALLAH

Sekian. Terima Kasih.

Tuesday, August 7, 2012

PROJEK IQRA (SABTU 04.08.2012) - SHOPPING RAYA KHAZZ & ZAFRAN BERSAMA ANAK2 BAITUL EHSAN ISKANDAR & HALIFF


Foto Kenangan Pertama Kali Join Shopping Raya!
Kena ambik Foto + No IC, bukti jika bawak balik terus anak2 Baitul Ehsan yang comel2 nie, Sharina & team KENA KEJAR dan CARI SAMPAI DAPAT !!!! Ha ha ha!



Posing Menarik...( Is standard posing tu)


Foto Kenangan  Beramai - ramai


Semua tgh posing nie


Keperluan yang di pilih sendiri oleh mereka


Semakin byk pilihan - nak habiskan baki baki yg ada!



Sementara menunggu pembayaran - siap posing (Is nie posing standard aje ha ha ha)


Iskandar & Halif tgh memilih alat tulis - kira baki nak habiskan!



Tengah gembira dengan pembelian masing masing!

Ummi & Hj tgh melihat kegembiraan anak - anak Baitul Ehsan hasil Shopping Raya



Hj tgh bagi ucapan.


Sharina, team iqra tengah check kedatangan.





En Maman Solleh tgh beri ucapan


Anak2 Baitul Ehsan sedang menunggu



Cup Cake utk Baitul Ehsan